Salam all...lama sudah aku coti bertandang umah sendiri..bukan busy sangat pun cuma aku banyak menjalankan kegiatan haram je...heheh..kegiatan haram??..yerrrr....tak tipooo....
MUSIM MOVIE
Kegiatan haram dimata hak cipta terpelihara jerrr..kegiatan aku adalah duk sebok download movie..so tak sempat masa pulak nak update laman aku ni..pc yang busy,aku tak busy mana pun..musim cedok movie sudah bermula kembali..musim lalu dah abih dah stok..so stok baru akan siap tak lama lagi..hari ni aku curi2 masa menulis disini sekejap..kalau lama tak bukak pagar nanti org igt tuan blog ni dah dijemput Maha Pencipta pulak..hahahah...
Musim kali ni majoriti aku cedok citer hantu / thriller..tak kisah la citer lama atau baru..termasuk lah film series ni..Scream ~ Scream4..pastikan semua berwajah bluray baru real depan mata..nak lebih feel, sila padamkan lampu, bukak ekon kasi sejuk2 sikit..waktu tayangan haruslah 10.00pm keatas..
Kali ni movie cinta2 romance kurang menarik perhatian aku..bukan musim hahahaha..kalau romance kelakar tu ok boleh layan..kalau movie aku memang lebih suka thriller..kalau nak sedih2 cinta tu aku layan drama melayu n kuria la..tak leh selalu tgk sangat citer jiwang2 ni nanti pemikiran kita bakal -ve tanpa kita sedar..tak caya tanya pakar motivasi..hik hik hik...
MUSIM TURUN BERAT
Haa musim ni memang diadakan secara tahunan tp byk kali..hihi..kalau korang pengunjung setia laman aku, mesti selalu ternampak aku tepek acara masak memasak aku kan..itu bermakna musim beratkan badan sedang dijalankan..kalau sunyi aje dr memasak, itu la musim turun berat pulak ambik alih..hihi..alhamdullillah badan aku ni boleh dikatakan dengar kata jugak..kalau nak suruh berat sikit, cepat je dia menjadi..kalau nak suruh ringan sikit, cepat jugak tp kena berhempas pulas sikit, start bulan 4 dan sekarang masih dlm WIP..terima kasih doc. nazim kerana sudi memantau dan memberi bantuan nasihat..doc. nazim tak suka cara aku yang yoyo ni..tapi aku suka doc!
July last year yg sehat..BMI 27
July this year belum tiba lagi, so no pitca lah..work in progress..target BMI adalah 23..2 lagi nak sampai yeay!!
Ok aku share skala BMI :
<20 : underweight atau kurang berat badan
20-25 : normal atau berat badan ideal
25-30 : overweight atau lebih berat badan
>30 : obesiti
Selepas aku buat kajian keatas diri sendiri semenjak tahun 2007 lagi, satu-satunya cara aku boleh turunkan berat (bukan kurus kering) dengan cepat adalah dengan exercise..bodi aku tak jalan sangat dengan product2 pelangsingan ni..aku pernah jugak cuba beberapa produk(sbb tgk kawan2 beli so berjangkit la), memang la turun berat tapi tu cuma reduce water retention ajerr..dan potensi berat nak bertambah dengan cepat amat cerah you..tak sama keadaan bila kita exercise..bila BMI dah normal, berat nak bertambah pun akan mengambil masa yang agak lama..so kita akan berada dalam keadaan "selamat"..Untuk kali ini dan seperti tahun2 yang sudah, date line aku pada Hari Raya nanti..aku tak akan target untuk kurus ramping kerengga..kenapa?sebab nanti muka aku akan nampak cengkung macam kena dera,stress dengan soalan2-sakit ke?..kulit kering..dan pelbagai lagi failure..oleh sebab itu aku cuma hadkan kepada BMI normal gebu2 aje..hihihi..insyaAllah akan terhindar dr penyakit2 "supermarket".
Dari segi pemakanan pulak biasanya dalam musim begini aku akan :
1. Lebihkan minum air kosong..sememangnya dari celik mata sampai pejam balik aku hanya minum air kosong suam aje 2-3 liter sehari..aku bersyukur jugak kerana aku kurang gemar dengan minuman manis..penat kerana selalu ke tandas? bagi aku itu tidak menjadi masalah..think +ve - aku suka gi toilet!!
2. Aku tak pernah skip breakfast..kalau tak sempat makan kol 7 pagi, aku akan makan kat ofis..makan apa? biasanya roti la..tapi aku makan jugak nasi lemak sekali sekala tp pastikan yang rm1 je..bhoon goreng pun ok..dan aku puasa roti canai..musim2 gini memang tekak aku tak terasa pun nak makan roti canai..tapi kalau aku tak sempat nak beli or tapau breakfast ke ofis, aku cuma minum/makan seaweed yang memang aku keep stok dalam fridge ofis - so dah kenyang!!
3. Lunch! kadang2 ambik..kadang2 tak..sebab? aku masih rasa kenyang kerana breakfast. Kes kenyang ni terjadi sebab aku keep on minum air suam..kalau terasa nak menguyah tu, stok biskut banyak..
4. Dinner?..makan jugak tp tak la yang berat2..biasanya tomyam campur..nasi makan jugak..biasanya makan petang la sebelum kol 7..kalau aku peg joging petang tu tak de la aku makan sebab menjadi satu kepelikkan aku, kalau aku joging nafsu nak makan tu kurang sikit..kerana aku banyak minum air dan makan energy bar kut.
5. Exercise kegemaran aku adalah joging..tak kisah la dimana tp biasanya di hutan ayer keroh la..boleh cuci mata skali..lokasi baru sekarang di stadium hang jebat..kalau aku tak joging pun aku akan pastikan aku buat stepping dirumah..stepper aku tu memang sahabat baik sejak dulu lagi..untuk musim begini exercise wajib dilakukan setiap hari..
6. Aku puasa..
Biasanya itu je aku buat, kalau bab makan tu aku ada gak "terlebih sudah" tapi sebagai hukumannya aku kena stepping 1000 steps la..padan muka kan..terjelir nak leh cecah.
7. Tido awal - yang ni sebenarnya jarang berlaku setahun dua ni..time tido aku kalau tak cecah kol 1 tak sah..pesanan ku kepada seseorang-sila support diriku ini untuk tido awal so jangan buzz2 hello2 lagi henpun ku tgh2 malam,kat melaka ni malam ok!..aku ni kalau dah terjaga dr tido dah payah nak lelap balik..huhu..parah sudah..
MUSIM SAKIT
Sudah hampir sebulan aku batuk sampai la hari ni..demam on/off...dan jugak selsema..dah penat makan ubat..tp tak kritikal sangat la..batuk aje kadang2 buat aku rasa mcm nak pengsan..hihi..time berlari kat utan pandai je batuk tu under control...so bau ikan sgtkan!
Walaupun mata hakak masih luas terbukak tp hakak nak tido awal malam ni..malam minggu malam freedom.