Thursday, March 29, 2012

AL-FATIHAH

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

JIWA KACAU

Aku hanya menunggu hari minggu....

Saturday, March 24, 2012

BECAUSE I MISS YOU..

Salam...아침 인사....hari ni kita cakap korea sikit..memandangkan emosi korea berleluasa di jiwa nan raga aku hari ini..

그리워서…
늘 똑같은 하늘에 늘 같은 하루
neul ttokgateun haneure neul gateun haru
그대가 없는 것 말고는 달라진 게 없는데
geudaega eomneun geot malgoneun dallajin ge eomneunde
난 웃고만 싶은데 다 잊은 듯이
nan utgoman sipeunde da ijeun deusi
아무일 아는 듯 그렇게
amuil aneun deut geureoke
웃으면 살고픈데
useumyeon salgopeunde
그리워 그리워서 그대가 그리워서
geuriwo geuriwoseo geudaega geuriwoseo
매일 난 혼자서만 그대를 부르고 불러봐요
maeil nan honjaseoman geudaereul bureugo bulleobwayo
보고파 보고파서 그대가 보고파서
bogopa bogopaseo geudaega bogopaseo
이제 난 습관처럼 그대 이름만 부르네요
ije nan seupgwancheoreom geudae ireumman bureuneyo
오늘도
oneuldo
난 보낸줄 알았죠 다 남김없이
nan bonaenjul aratjyo da namgimeobsi
아니죠 아니죠 난 아직 그대를 못 보냈죠
anijyo anijyo nan ajik geudaereul mot bonaetjyo
그리워 그리워서 그대가 그리워서
geuriwo geuriwoseo geudaega geuriwoseo
매일 난 혼자서만 그대를 부르고 불러봐요
maeil nan honjaseoman geudaereul bureugo bulleobwayo
보고파 보고파서 그대가 보고파서
bogopa bogopaseo geudaega bogopaseo
이제 난 습관처럼 그대 이름만 부르네요
ije nan seupgwancheoreom geudae ireumman bureuneyo
오늘도
oneuldo
하루하루가 죽을 것만 같은 어떻게 해야 해요
haruharuga jugeul geotman gateun eotteoke haeya haeyo
사랑해 사랑해요 그대를 사랑해요
saranghae saranghaeyo geudaereul saranghaeyo
말조차 못하고서 그대를 그렇게 보냈네요
maljocha motagoseo geudaereul geureoke bonaenneyo
미안해 미안해요 내말이 들리나요
mianhae mianhaeyo naemari deullinayo
뒤늣은 내 고백을 그댄 들을 수 있을까요
dwineuseun nae gobaegeul geudaen deureul su isseulkkayo
사랑해요
saranghaeyo


Because I miss you
Always under exactly the same sky, always exactly the same day
Other than your not being here, there’s nothing different at all
I just want to smile, want to forget everything
Just like absolutely nothing has happened, smiling to live my days
Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you
Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today
I thought I’d let go, not leaving anything behind
No, no, now I still can’t let you go
Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you
Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today
Everyday, everyday, it feels like I’m gonna die, what should I do?
Love you, love you, I love you
I hadn’t even spoken the words, I just let you go
Sorry, sorry, do you hear my words
My late confession, can you hear it
I love you

Jung Yonghwa...
Special dedicate this song to someone!!! Yang amat pasti bukan kat Dato Khir Toyo...

Status makcik hari ni : hadap urap pegaga dari tghri sampai malam..

Friday, March 23, 2012

KISAH BODOH

Salam di pagi Jumaat semua...akhirnya bukak jugak page aku pepagi ni kan...sisa2 ngantuk ada lagi nih..harus breakfast sekarang jugak hehheheh...


Sepanjang perjalanan aku ke tempat kerja hari ni..aku ditemani oleh Prem Nadia a dan Hafiz Pagi Rock Crew..segmen yang aku suka dengar adalah Fix It..biasanya diaorang hadap problem yang susah gak nak settle..kekadang tu bleh settle je..biasanya problem yang susah la, kesian jugak kat DJ2 ni nak settlekan..tapi hari ni punya kes menyebabkan aku turn ke channel lain..eeiii rasa macam punca aku menghamun orang pepagi adalah pompuan itu...hahhahah


Fix It to adalah segmen nak fix problem orang..orang yang ada problem dengan orang lain akan call Rock Crew (RC)..then RC akan call orang yang punca problem tu dan tanya dan fixkan problem caller tu..


So kisah hari ni..si Sarah ni call ada problem dengan boyfriend dia nama Justin..problem dia adalah...dia rasa macam tak senang hati dengan bf kerana pada handfon bf dia..bf dia taruk nama SARAH aje...nape tak lebih romantik macam babi ekh baby ke..love ke..honey ke..muah2 ke..so dia terkilan la..boipren dia macam tak sayang dia katanya...


Huh aku rasa nak muntah pulak...bukan apa la..itu dikatakan problem besar yg perlu DJ2 tu settlekan?nak bagi tahu kat 1 alam Malaysia ni?budak Sarah ni biol ke apa?...geng RC pun macam naik angin gak ngan dia..masa RC ni call bf dia nak tanya kenapa tak letak nama babi ekh baby Sarah ni kat hp dia aku terus tukar channel lain..tak sanggup dengar boipren dia terpinga2 pepagi dengan soalan bodoh dan nak kena jawap kenapa..kesian bf dia dapat pompuan fius terbakar...


Kesimpulannya...masih ada spesis2 perempuan yang tak de masalah tapi cari masalah...masalah KECIK suka di BESAR2kan supaya menjadi punca acara perbalahan..konon2nya kalau tak gaduh nanti tak feel rasa sayang...hanjeng je...para boypren atau suami sekiranya rezeki anda berhadapan dengan wanita2 spesis begini..seharusnya anda "bertabah" je kalau dah sayang sangat..diam adalah jalan penyelasaikan kepada si psychopath ni..tak usah dilayan jenis2 fius terbakar..cuba anda fix kan masalah yang lebih penting lagi yang ada berkaitan hidup dan mati..ok..kalau tak de sangat masalah lain..sila pikirkan bagaimana nak memberatkan timbangan amalan akhirat anda...much more better guys!!sekian



Nota kaki makcik : 1 lagi masalah hanjeng yang pernah aku dengar : "Saya susah hati sebabnya bermula dgn somi saya tak bercakap ngan saya 1 hari..muka dia masam je kat umah..saya tahu dia ada problem kat tempat kerja dia..so saya nak balas dendam saya balas balik tak tegur dgn dia..skang dah hampir sebulan saya tak bercakap dia..saya pun tak tahu macamana saya nak atasi masalah ni" macam bangang..yang pasti ko yang bodoh..

Tuesday, March 20, 2012

SEGALANYA SYAHDU

As-Salam semua...selamat pagi...annyeonghaseyo...kon'nichiwa..ni hao..itu je aku tahu..haha..pengaruh tv punya pasal...sudah minum pagi semua?..aku? sudah..pepagi tadi sudah hadap nasi lemak rendang daging + teh bunga...syahdu kan?...osemmmm...sambil mulakan hari anda dengan senyuman...lagi osemm..


Sepanjang 2 minggu lepas di Semporna aku sempat menghabiskan series sebanyak 16 episode ni..malam2 tak de apa2 aktiviti nak buat tu kan..aku habiskan 2-3 jam sebelum tidur tu dengan menonton series korean Lie To Me..lakonan Yoon Eun Hye dan Kang Ji Hwan...aku suka Eun Hee dr series Coffee Prince lagi..

Cerita ni ada kisah kelakar..happy..sedih..dan pelbagai perasaan lagi yang ada...tapi part Gong Ah Jung (Eun Hee) menangis kat bawah pokok blossom cerry tu yang berjaya buat aku tersentap..hahaaha..sentap sokmo kan..sama pulak kisah aku masa bawah pokok "kerekut" dulu...kena pulak suasana di Semporna yang sunyi sepi..bikin gua nanges...habis je 16 episod ni aku terus pulang menaiki pesawat AK 5742 dr Tawau ke LCCT dengan selamatnya...


Selagi tugasan aku belum selesai...aku tetap akan dilontarkan lagi..kali ini ke daerah Sipitang..lebih tepat lagi ke Long Pasia..jam 7 malam ibarat seperti 4 pagi di Melaka Raya..huh busan betul..bukan busan korea tau..kali ini aku bawak bekal lain pulak..Heart String ataupun You've Fallen For Me...16 episod ni sempat la aku habiskan selama 6 malam ni...siang hari tak dapat la nak hadapkan...sibukkan diri di Ulu Padas...tang ulu ulu je aku minat ni..tak main la kat bandaraya2 di donia ni..


Lakonan sweet dari Park Shin Hye dan Jung Yong Hwa..Shin Hye ni pun aku suka tengok lakonannya..mulut nya comel aje..tak macam mulut aku...kalau mulut aku macam dia pasti aku dah berlakun dalam citer 7 Petala Cinta dengan Ariel Zafril..huhu..sungguh berkaitan stetmen iteewww...



Nota kaki makcik : suasana opis yang sunyi sepi..hanya dengar kicauan burung...air sungai mengalir deras..unggas bersahutan...daunan hutan yang ditiup angin..sinaran matahari makin meninggi tapi suasana tetap dingin...syahdu lagi...

Monday, March 19, 2012

KISAH BUDAK TECIT PART 3

Salam...alo..alo..alo...ku menceceh lagi setelah 20 hari bercuti..20 hari jugak tak bukak page sendiri dan 20 hari jugak aku tak blogwalking kemana2..sungguh pasif aku...heheh..pekabar semua?aku rindu jugak nak ngintai umah jiran2 ni..selama ni aku memang suka blogwalking ni..byk info dapat..dan selama 20 hari mendap ni, aku macam berada pada 20 tahun yang lepas pun ada..heheh...tapi ok jugak..free willy je rasanya..
Ok berbalik pada tajuk...kisah 4 budak tecit kat umah aku tu yep..4-4 dah tak de..aku tak buang...aku adoptkan diaorg pada org lain...gambar2 terakhir tak de...gambar menyusu ngan botol pun tak de..gambar berebut makan wetfood pun tak de...gambar berebut makan biscuit pun tak de...sumer takde...saje tak snap..sebab nanti aku sedih kalau tgk lagi...
Nape aku tak jaga?? aku tak boleh jaga...sebab aku selalu balik umah lambat..huhu...nanti kebulur pulak bebudak tu...masa kitten ni la diaorg kena berada dalam jagaan yg lebih..tak bleh balik lambat..tak boleh biarkan diaorg urus diri sendiri lebih dari 8 jam..nak bersih diri pun tak pandai lagi..so kena bagi kat orang yang boleh jaga...lagi pun aku selalu keluar daerah..so diaorang nak tinggal dengan siapakan..akhirnya aku nekad bersetuju aje bila ada orang sudi nak jaga...hati memang la berat nak lepaskan..tapi aku rasa macam menganiaya diaorg je kalau aku biarkan aje terpengap dalam umah..aku redha..
Masuk hari ni bermakna dah 3 hari dia berpisah dengan aku..bila aku follow up dengan penjaga baru diaorg..feed back yg aku dapat diaorg berada dalam keadaan sihat dan ceria..aku hepi!!!yeayy!!
Hepi memang la hepi tapi bila nak tido..aku teringat jugak kat diaorang...bila tersedar 5.30 pagi teringat lagi kat diaorang..biasanya bila aku nak tido tu, itu la time menyusunya..bila pagi pulak..terkocoh2 aku buat susu lagi..huhu i missed that moment...

Nota kaki makcik : tak leh ingat banyak2 nanti aku sendu...aku kan "dene" sikit...