Friday, March 23, 2012

KISAH BODOH

Salam di pagi Jumaat semua...akhirnya bukak jugak page aku pepagi ni kan...sisa2 ngantuk ada lagi nih..harus breakfast sekarang jugak hehheheh...


Sepanjang perjalanan aku ke tempat kerja hari ni..aku ditemani oleh Prem Nadia a dan Hafiz Pagi Rock Crew..segmen yang aku suka dengar adalah Fix It..biasanya diaorang hadap problem yang susah gak nak settle..kekadang tu bleh settle je..biasanya problem yang susah la, kesian jugak kat DJ2 ni nak settlekan..tapi hari ni punya kes menyebabkan aku turn ke channel lain..eeiii rasa macam punca aku menghamun orang pepagi adalah pompuan itu...hahhahah


Fix It to adalah segmen nak fix problem orang..orang yang ada problem dengan orang lain akan call Rock Crew (RC)..then RC akan call orang yang punca problem tu dan tanya dan fixkan problem caller tu..


So kisah hari ni..si Sarah ni call ada problem dengan boyfriend dia nama Justin..problem dia adalah...dia rasa macam tak senang hati dengan bf kerana pada handfon bf dia..bf dia taruk nama SARAH aje...nape tak lebih romantik macam babi ekh baby ke..love ke..honey ke..muah2 ke..so dia terkilan la..boipren dia macam tak sayang dia katanya...


Huh aku rasa nak muntah pulak...bukan apa la..itu dikatakan problem besar yg perlu DJ2 tu settlekan?nak bagi tahu kat 1 alam Malaysia ni?budak Sarah ni biol ke apa?...geng RC pun macam naik angin gak ngan dia..masa RC ni call bf dia nak tanya kenapa tak letak nama babi ekh baby Sarah ni kat hp dia aku terus tukar channel lain..tak sanggup dengar boipren dia terpinga2 pepagi dengan soalan bodoh dan nak kena jawap kenapa..kesian bf dia dapat pompuan fius terbakar...


Kesimpulannya...masih ada spesis2 perempuan yang tak de masalah tapi cari masalah...masalah KECIK suka di BESAR2kan supaya menjadi punca acara perbalahan..konon2nya kalau tak gaduh nanti tak feel rasa sayang...hanjeng je...para boypren atau suami sekiranya rezeki anda berhadapan dengan wanita2 spesis begini..seharusnya anda "bertabah" je kalau dah sayang sangat..diam adalah jalan penyelasaikan kepada si psychopath ni..tak usah dilayan jenis2 fius terbakar..cuba anda fix kan masalah yang lebih penting lagi yang ada berkaitan hidup dan mati..ok..kalau tak de sangat masalah lain..sila pikirkan bagaimana nak memberatkan timbangan amalan akhirat anda...much more better guys!!sekian



Nota kaki makcik : 1 lagi masalah hanjeng yang pernah aku dengar : "Saya susah hati sebabnya bermula dgn somi saya tak bercakap ngan saya 1 hari..muka dia masam je kat umah..saya tahu dia ada problem kat tempat kerja dia..so saya nak balas dendam saya balas balik tak tegur dgn dia..skang dah hampir sebulan saya tak bercakap dia..saya pun tak tahu macamana saya nak atasi masalah ni" macam bangang..yang pasti ko yang bodoh..

2 comments:

Rumah Kuning said...

pompuan fius terbakar? hehehe kelakar le

Anonymous said...

ouh sayangku.... abang atan!

-nilofa-