Monday, October 14, 2013

MENU : CHEEZY LAYER


Assalam...Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua..dan juga selamat menjalani ibadah haji kepada umat Islam diseluruh dunia di Arafah dan Mekah pada ketika ini...dan selamat berbuka puasa kepada sesiapa yang berpuasa hari ini..

Dah lama tak menulis disini sebab asyik sibuk melayan kisah donia..cuti raya kali ni aku berpeluang balik ke Terengganu..cuti seminggu ni berjimba la sesungguh..hehehhhh..so cuti lama2 ni mcm2 nak makan..keje aku asik nak membesarkan badan aje..ok la tu..apa yang diidam nak makan selama ni, setakat hari ke-3 ni aku dah sempat balun dah..alhamdulillah..aku masih diberi peluang..

Apasal entry aku semacam je kali ni..hahaha..aptb..hari ni bukak page sebab nak kongsi menu aku tu..biasa aku buat kat umah Melaka je..kekadang "org jauh" request..bila "berkesempatan"..aku bukan pandai sangat pun...seperti biasa hentam!!..tak sedap pun org tu kata sedap haha..apapun terima kasih la..

Hari ni anak buah aku request..anak buah yang paling "denne"...nak pegi picnic dgn kawan2 katanya..ok buat je lah..bukan susah pun..meh aku ajar kat ko budak2..lepas ni sila buat sendiri ok..

CHEEZY LAYER

Bahan-bahan :

Biskut Marie -Chocolate flavor ( gamba bawah)
Kek sponge - (gamba atas)
- aku buat 2 jenis- pilih nak buat yang mana satu..
Cream Cheese
Susu pekat manis
Whipping Cream
Susu chocolate

Cara :

1) Putarkan 500gm Cream cheese bersama 1/2 tin susu pekat hingga kembang gebu mcm aku..oppss..

2) Putarkan 500gm Whipping cream pulak..sehingga kental jiwa raga..telongkopkan bowl tu dia tak jatuh..

3) Kemudian gunakan spatula..campurkan cream cheese + susu tadi dengan whipping cream yg dah diputar td...

4) Sediakan bekas yang tinggi skit..

5) Celupkan biskut marie kedalam susu chocolate dan susunkan didasar bekas..susun rapat2..boleh patah-patahkan kalau ada yg lobang2 tu..susun bulat2 gitu pun boleh..susun selapis..jgn celup lam2 sangat sampai lembik..agak2 je..kalau buat guna kek tak yah guna susu tu..

6) Kemudian sapu/layer kan hasil campuran td..tak mo tebal sangat..pastikan cover semua area biskut..

7) Susun lagi biskut marie..dan mixed secara selang seli..suka hati perut korang la nak buat tinggi mana..tinggi KLCC pun boleh..

8) Atas sekali boleh la hias ngan apa2 korang suka..coklat chip..cheddar cheese..any fruit kaler2..m&m..nak sembur choco syrup ke..tabur milo ke..tabur serbuk biskut tu ke..yg aku letak kat atas tu chocolate rock..apa2 je la..jangan taruk belacan dah ler..tak setaraf pulak..

9) Taruk dalam peti ais 2-3 jam, pastu baru bleh makan..makan sejuk2 best!!

Kalau yang kek tu plak..sama je kekdahnya..gantikan biskut tu dengan kek..hehehhh

Benda ni senang giler gak la nak buat..orang yang tak kreatif dan tak pandai macam aku ni boleh la buat..aku kan suka main hentam tabur je..kalau tak yakin dengan keberkesanan resipi aku ni..sila gugel kat page org lain lak yer..maybe lagi canggih..

Selamat mencuba! Choww...nak hadap mr arrogant pulakkkk...