Sunday, November 25, 2012

MENU : CEKODOK PISANG

Salam...bertemu lagi...hari ni aku nak share kes cekodok@jemput pisang..sesuai la petang2 yang panas rentung ni...jom masuk dapur ngan aku..
 
Sebelum tu biar aku prepare teh pudina jap..jerang air, dah mendidih jerang 2 minit bersama uncang english tea...petik daun pudina yg aku tanam kat luar sana..masukkan lam cawan...ready dah utk teguk..oppss panas..
 
Jemput Pisang
 
1) Aku guna 7-8 biji pisang berangan (sebab aku suka berangan) boleh jugak guna pisang mas dibawa belayar..kemudian lecekkan pisang dengan gula, garam dan soda bikarbonat hingga sebati semuanya..kalau sesiapa suka jemput pisang nya terasa pisang aslinya..tak perlu lenyek sampai hancur sangat..biar dia ketul sikit..kalau yang suka manis, lebihkan gula yep..
 
2) Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati..jangan lembik/cair sangat..yang sedang-sedang sajaaa yang penting dia setia...ekh ternyanyi pulak lagu dangdut. Kemudian biarkan dia berkenalan mesra selama 30 min @ perap.
 
 
Sementara 30min tu sempat jugak aku vakum ruang tamu..huh peluh menjejes..alamak movie dah start..selesai semua, perapan sudah melebihi 45min.pasti sudah matang hahahha..
 
3) Panas kan minyak dan cedok adunan menggunakan sudu baru la nampak bolat2 gitu..

Errmmm dah settle..jom kita makan jemput pisang rangup diluar gebu didalam sambil tonton hindustan Muhjse Dosti Karoge...sob sob sob..hihihi...

Thursday, November 22, 2012

KISAH CINTA ORANG

Kisah artis dan ada kata2 yang menarik di dalam kisah ini buatkan aku tertarik untuk copy paste ke laman aku ni..

 Penyanyi Aliff Aziz mendedahkan hatinya benar-benar terluka selepas bekas kekasihnya Anne Ngasri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, 40, yang dijadualkan pada 22 Disember depan. Lebih memilukan kata Aliff, dia dan Anne pada dasarnya telah bersetuju dengan menetapkan bulan Disember ini untuk diijabkabulkan sebagai suami isteri. "Ketika masih menjalinkan cinta bersama, kami merancang untuk menamatkan hubungan ini dengan sebuah ikatan perkahwinan pada Disember depan.

"Memang perancangan itu menjadi tetapi sayangnya lelaki yang dipilih Anne bukanlah saya tetapi orang lain. "Sebelum ini, Anne pernah berkata bahawa saya adalah cinta terakhirnya dan jika jodoh kami tidak menjadi, dia akan berkahwin dengan sesiapa sahaja mengikut pilihan keluarganya," kata Aliff. Penyanyi kelahiran Singapura itu ditemui pada majlis pengumuman Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Holliday Villa, dekat sini pada Rabu. Tambah Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 21, dia menyangka Anne, 28, merupakan jodohnya apabila melihat kesempurnaan yang terdapat pada diri wanita itu. Kata Aliff, cintanya terhadap Anne begitu mendalam sehingga menyebabkan hatinya terluka apabila hasrat untuk berumah tangga tidak kesampaian. Anne Ngasri dan Mohd Sumali akan bernikah pada 22 Disember depan di Pontian, Johor. "Jujurnya, saya tidak pernah merasai perasaan cinta yang mendalam seperti ini. Apabila hubungan kami tidak menjadi, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka.

 "Sepanjang sebulan lebih saya berehat kerana beberapa masalah kesihatan, saya juga cuba menyembuhkan hati ini. "Luka yang terlalu mendalam ini tiada siapa yang boleh mengubatnya kecuali Allah. Saya memohon kepada-Nya supaya kesakitan yang dirasai dapat dikurangkan selain berdoa untuk kebahagiaan Anne. Dia seorang wanita yang cukup sempurna di mata saya," tuturnya. Dalam pada itu, beritahu Aliff lagi, walaupun hubungannya bersama Anne hanya mampu bertahan selama lapan bulan, namun dia tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk menyayangi wanita itu.

Malah kegagalan hubungan yang dijalinkan itu dianggap sebagai tiada jodoh selain merasakan dia mungkin telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Anne tanpa sedar. "Saya tak tahu di mana silapnya hubungan kami. Mungkin saya terlalu ramah dengan orang lain sehingga membuatkan dia (Anne) ragu-ragu terhadap kejujuran saya sehingga ia menjadi masalah kepada perhubungan kami.

 "Kegagalan hubungan ini merupakan satu pengajaran yang besar dan mengingatkan saya supaya jangan mengabaikan orang yang kita sayangi kerana Tuhan boleh menarik cinta itu dengan serta merta.- (yes..you're right!!)

 "Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga terutamanya ibu bapa Anne kerana menyayangi saya seperti anak mereka sendiri dan halalkanlah makan minum saya," ujarnya. Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, telah bertunang dengan Mohd Sumali di kediaman keluarga Anne di Jalan Ipoh, dekat sini pada 11 November lalu. Pasangan itu bersepakat untuk mengadakan majlis akad nikah di rumah keluarga pihak lelaki di Pontian, Johor.

Tuesday, November 20, 2012

MENU : CREPE DURIAN

Salam..selamat malam semua...dah kol 10pm ++..mata dah ngantuk..2-3 hari ni perasaan dan minda aman ok..tiada siapa yang menganggu..tido pun cukup aje 8 jam..
 
2-3 hari ni selera kembali normal..alhamdullilah..td opis mate offer aku makan Durian Crepe..sebelum ni hanya tengok dalam blog2 aje durian crepe ni..chocolate crepe pernah la makan..tu pun masa kat paris itu hari..boleh katakan hari2 aku hadap choco crepe tu..balik mlk terus cari resepi nak buat crepe ni..utk filling aku taruk je chocolate nutella..kat paris mat saleh tu pun guna nutella jugak heheh...sebenarnya crepe ni kalau dimelayukan jadi lempeng je..crepe kelapa cicah sambal bilis..glemerkan...hahahha
 
 Ini crepe durian...rasa duriannya sangat perfect!!sampai saat ini kalau sendawa dapat lagi rasa duriannya..macam makan sebijik durian pulak..heheh..filling cream custard tu sangat sedap..rasa kebaboom dalam molotttt....

Tadi makan setengah aje..pun dah rasa sangat kenyang..1 ketul tu agak besar..

Ni aku sharekan cara2 buat crepe stail aku ..betul ke tidah wallahualam...hehehe

1. Tepung gandum + tepung ubi -aku ayak dulu dua2 ni
2. Masukkan gula halus dan fresh milk..nak guna susu cair pun boleh
3. Kacau sebati guna whisk aje..
4. Pukul telur jgn sampai kembang..campurkan dalam adunan td..kacau sebati
5. Masukkan esen vanilla dan kacau lah lagi jangan malas...
6. Masukkan air sampai kacau jugak..
7. Masukkan butter yg telah dicairkan..kacau..
8. Masukkan pewarna..aku guna pewarna kuning..nak guna kaler lain pun boleh suka hati..
9. Kacau buat kali terakhir sampai sebati
10. Panaskan nonstick pan..sapu minyak sikit kat permukaan guna kitchen towel..sendukkan adunan td..ratakan..jangan terlalu tebal..dan jgn nipis sangat..masak pada sebelah permukaan aje..kemudian angkat..taraaa..dah siap..bolehla disapukan dengan chocolate..jem..honey..peanut butter bila dah sejuk ok..

Untuk filling cream ni aku belum pandai..nanti aku nak google la canner cara nak buat..nanti bila aku buat sendiri aku tepek ok!!!

Jom tido!!

Saturday, November 17, 2012

SI LAKNAT DUNIA

Salam..apa khabar semua...hujung minggu tak kemana-mana ke?..aku just stay kat umah baca buku je..bunyik macam nak ambik SPM kan...whatever..hahaha...hujan2 ni tak kemana la..duk umah lagi baik..tgk tv..td news pasal nasib saudara kita di Palestine..huhu sedih sangat rasanya..cuba bayangkan kita salah seorang warga Palestine yang aniaya laknatullah yahudi bangsat itu..huh tak leh citer pasal ni terus aku emosi..

Td aku sembang ngan sorang kawan pasal isu ni..tetiba aku cakap "Kita boleh gi tak Palestine skang ni?ke ada apa2 sekatan dr kerajaan?canner nak ikut geng Aman?"
Aku tak takut pun..aku doakan bala Allah turun kan kat bangsa Yahudi laknat dunia ni..biar mampos sume..
Ada orang skang duk sibuk pasal bisnes..nikah kawin..bersosial..parti sana sini..makan sana makan sini tempat2 yg mahal2..eksen sana sini..bila timbul issue ni bleh plak cakap.."nak buat canner dah nasib diaorg"...senak kepala aku pikir apa yg ada dlm kepala otak diaorg..mmg la kita tak leh buat apa..kita dalam keadaan selesa sesangat sekarang..tp apa salahnya kita doakan mereka semua selamat...2 minit pun tak sampai..bukan dalam bahasa arab pun..bahasa melayu pun boleh..slang Trg pun boleh..huhuhu..Allah Maha Pendengar..

Thursday, November 15, 2012

MONSTER




It’s been a while since we’ve met
Your face looks good
You got prettier, you were always beautiful in my eyes

But today you look a bit different
You look especially a bit cold
Your eyes that look at me are filled with pity
In front of you, I seem smaller

I tried to be fine, trying to change the subject
Though I had so much I wanted to ask you

You cut me off right away
Your long hair flowing

As it hit my cheek and passed away
You turn away and left right away

If I try to catch you here, would that be too ridiculous?

Nothing comes to my mind
As you tremble, you take a step, two steps back
You say that I scare you now
You’re like a moon that makes me go crazy

I love you baby I’m not a monster
You know how I was in the past
When time passes, it’ll all disappear
Then you will know baby

I need you baby I’m not a monster
You know me so don’t leave like this
If even you throw me away, I will die
I’m not a monster

No matter what happens, let’s be forever
When we’re sad, when we’re happy, let’s go till the end
You don’t say that tomorrow
Let’s love like today is the last

A life without you is like an imprisonment for life
An extinction from the world to the point where I’d go crazy
Your existence is a chronic disease, a repitition of pain
You’re a lingering attachment in my heart

The people of the world have turned their backs against me
The corners of their eyes are all twisted up
The greatest pain to me,
Is the fact that you became the same as them

I love you baby I’m not a monster
You know how I was in the past
When time passes, it’ll all disappear
Then you will know baby

I need you baby I’m not a monster
You know me so don’t leave like this
If even you throw me away, I will die
I’m not a monster

Don’t go, don’t go, don’t go, don’t leave me
Don’t do it, don’t do it, don’t do it, it’s not like you
Getting farther away, love is breaking apart

Don’t find me, don’t find me, don’t find me, don’t look for me
The last, last, last image
of me in front of you, Remember that, Don’t forget me

I love you baby I’m not a monster
You know how I was in the past
When time passes, it’ll all disappear
Then you will know baby

I need you baby I’m not a monster
You know me so don’t leave like this
If even you throw me away, I will die
I’m not a monster

I think I’m sick I think I’m sick
I think I’m sick I think I’m sick

*wink wink*...petang2 upload mv bebanyak..tak de keje lain..bagus sgt la aku..hehe..saje wat collection memana fav aku..apa salahnya..lenkali kalau aku nak dengar lagi bukak kat page sendiri tak yah sebok2 nak cari kat utube.kepada korang yg turut mengklik dan dengar dan tonton..selamat berhibur dengan music fav aku..kat bawah tu lagu hendon..kat sini lak lagu kuria..2-2 aku suka..bukan semua lagu dlm donia ni aku suka ok..yang terpilih aje..musicnya yang penting...


AKU YANG TERSAKITI




Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama sama dia
(walau tak bersama dia)

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

*wink wink* - love you so much!!!

Wednesday, November 14, 2012

COTI-COTI

Berenang ke negara jiran jap..alhamdullillah selamat sampai jua...selamat malam semua..jumpa lagi nanti ...bye!! miss u sayang yg jauh disana!!!
 
Salam Maal Hijrah to all Muslims and happy holidays everyone! :)
 
(gambar dalam file)

AKU SOMBONG

Entry ke-2 hari ini tahap rajin terlajak..bukan tak de kerja tp saje sambung apa yang terhenti sebelum ini..3-4 minggu lepas ada seorang senah ni datang kat aku - dalam kata lain nak menyampai sesuatu.."U, td ada sorg makhluk ni cakap kat I..dia kata U skang dah sombong..dia cakap dia tegur U tp U wat dono jekk..nape U dah bengong ke org tegur tak jawap..ke U skang dah kaya raya..pakai kete bmw 7series..muka injet botox perasan lawa atau pon dah ada laki kaya?"..huh soklan yang padat...padat dengan info dan kutukan..hehehe...
Aku senyum aje dengan soalan macam mesin gun itu.."ai senah..sape org tu?kalau sengkek mmg la aku tak layan!!hehehe...gurau jek la...sape tu..kesian dia?..kalau ko cakap siapa nanti aku pegi jumpa dia..kalau ko tak nak cakap siapa kah orgnya..nanti ko sampaikan salam aku untuk dia dan cakap aku mintak maaf banyak2 dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki dia..aku, kalau org tegur tak jawap tu banyak faktornya..
Faktor 1 : mungkin masa tu aku tak pakai kontek len ..so mata kalau rabun telinga ada sedikit pekak badak..
Faktor 2 : mungkin masa tu aku tengah cakap kat tipon..maklum la tipon nokia butterfly tu kan kecik je..muat2 je lobang telinga aku..biasa kalau org call aku..aku lebih mendengar dr cakap..tu pasalla org tak prasan aku tgh engaged..
Faktor 3 : mungkin masa tu aku tgh balas sms or whatsapp (cis gile butterfly pun ada whatsapp)..aku mmg serius kalau tgh menaip ni..fokus tu penting..salah eja nnt org tak faham pulak..
Faktor 4 : mungkin aku tak sihat..kalau aku tgh pening2 lalat tu sukar nak gambarkan keadaan..hazab sikit..
Faktor 5 : aku tengah berjalan (agak laju) mmg tak sempat nak menyapa org atau balas sapaan kecuali org itu betul2 berada depan aku..kalau takat sipi2 sebatu jauhnya..belakang aku 5-6 depa pun aku tak sempat menyahut..

Haaa...time bila tu dia tegur aku?..aku ni sapa la sangat nak berlagak sombong...bukan kaya raya pun- ada sesetengah org kaya raya ni mmg bersifat sombong,pandang paiseh kat org..bukan apa takut org ambik harta dari tangan dia..nak kata ada istana-tak de jugak, org kalau ada istana,pilih siapa yang patut datang umah dia-takut barang ilang...nak kata ada kete mewah-tak de jugak, org ada kete mewah ni pun pilih kawan nak ajak naik kete dia tahap bangang pun dia pilih kawan yg kaya2 aje..aku ni biasa2 aje..senang tak menyusahkan orang, susah pun tak suka menyusahkan org..tak guna sombong2 ni..balasan tu cepat aje, kalau tak di akhirat..didunia pun boleh bagi cash..dunia ni hanya sementara-nasihat untuk diri sendiri dan jugak kawan2..so jangan sombong dan tamak ok!! - bak kata Miss S "muka cantik putih melepak pun tak guna kalau hati tu hitam,tamak,sombong,bangga diri,berlagak,tak hormat mak bapak..laki,penuh salah sangka hasad dengki..hidup pun tak tenteram kalau org macam ni walaupun cantik..kaya"...u're right dear...mintak jauh la kita semua dari sifat2 sebegini yep..nauzubillah..Ya Allah ampun kan mereka ini..

(test edit guna camera butterfly aku)-nak berlagak pandai la tu - dem!!

Alhamdullillah..sidia telah aku jumpa, cuma sedikit salah faham..rupanya dia tegur aku time aku tengah berlari dalam hujan nak ke kereta..mana nak datang aku dengar!!hisyyyyyy....itu pun terus cop aku sombong!! terus aku bantai budak tu sampai lebam n koma..kerana dia aku dah membebel2 kat atas tu,keluar tajuk pun ada..padan muka..skang budak tu kat ICU dah-tipoo..bye

MULA HARI INI

Salam..kita jumpa lagii...hari ni aku dah start keje balik selepas 15 hari bercuti..cuti doktor bagi..nak kata rehat sesangat pun tak jugak..so hari ni masuk opis pun biasa aje..ada 3-4 org tegur.."hey u..nampak so cengkung"...cengkung ke..tak de la sangat..kempis siikiitt ada lah..tang cengkung tu kejap je boleh adjust..hehe..hari ni buat keje in peace..


Duk rumah ngadap tv..pastinya lately ni channel masak-masak..rasa nak makan macam2..tengok burger..rasa nak makan burger..tgk pizza-nak pizza jgk..tgk char kuey teaw-nak jgk..tgk nasi lemak-nak jugak..tgk laksa penang-nak jugak...tgk lamb chop-nak jgk...waimah tgk lolipop pun nak jugak...tp tekak tak mampu nak telan..mungkin ini kesan sementara..Ya Rahman..Ya Rahim..Ya Salaam..Ya Baari...Ya Azhim...bye..

Saturday, November 10, 2012

MATA KAIL..

Salam...2-3-4-10 hari ni asyik ujan aje yep..so tido je kat umah pun best...asyik tido aje badan pun lemau2 lembu...baik la pegi beriadah sikit...nak joging tak pat jugak..petang2 ujan aje bumi melaka ni..kalau kat melaka ujan..kat tempat lain ujan tak?,..hehe mengepet je aku ni kan..ujan jugak kannn...trg ujan..selangor ujan..johor ujan..amarika gibut..china pun gibut seleji jugak...kepada yg tgh duk belek2 page aku ni..kat tempat korang canner?kalau matahari menyinar tu alhamdullillah..pegi la jemur kain...kalau yg ujan dan sejuk2 jugak..jom kita tido hehhhh...
 
Bila matahari kuar jom ikut aku gi jalan!!
 
 Besar ikan tu..kalau nak buat lauk mau 3-4 minggu lom abih mkn...alang2 nak mancing bior ler dapat hikan besor yer dokk? hehehhhh...hanak hikan wat hapa...

Dapatkan port yang menarik..


Dan jugak pemandangan yang damai..boleh hilangkan tensi kita..ada ke org tak de tensi langsung?? orang mati la tak tensi kut..ntah aku lom mati lom tahu tensi ke tak..percaya tak org sehsakk mcm aku ni dah banyak tensi apatah lagi orang yang kaya..lagi byk dan byk lgi tensi nya..takut duit diaorg ilang...telingkup..hahhaha...


Nak dapat hikan beso kena cari port yang baik..hehhh...tensi jugak nih..kuar bapak peluh nak cari port baekkk...
 
 
Test dulu..ok ke tidak..kalau ok..tenggek mana2 pun ok..
 
 Errrmmm...target jaws aje..

Anak2 kecik ni perlu dicampak balik..biar dia dapat merasa hidup di dunia yang fana ni sebel.um aku datang kembali..siap ko!
 
Mak Tam..aku pun berusaha nak cari sedara mara ko yg lain..
 
 

 Matahari makin melabuh..aku pun chow la..



 Lapar2 nih..pekena nasik panas + udang masak lemak Kuala Rompin pun sodap nih!!!

Friday, November 9, 2012

NEW MEMBER..

Orang baru dalam family kami..Nur Alya Zahraa...

Thursday, November 1, 2012

BEREHAT LAMA

Salam semua!!!apa khabar? harap semuanya sihat..cuma aku kat sini di bumi Melaka belum sihat2 lagi..entry sebelum ini..kat sini...aku mengomel nak rest..so termakbul jugak dapat rest lama hehehe...dari hari raya aku tak jenguk rumah sendiri ni..macamana raya? dah terlambat soalan ni kan..tak pe..aku memang selalu naik keretapi arang batu..so kita cakap mende2 yang leeepaaasss jew ok!
Aidiladha baru ni aku kan tak balik kampung..hanya berpagi raya di melaka aje..selepas solat sunat hari raya aku terus "balik kampung" ke Muar..haaa...aku pun ada kampung dekat2 jugak..
 

Aku beraya ke rumah Miss S..sampai aje ke Sg Abong aku menikmati juadah hari raya yang melakbak itew dengan rakusnya hahahaha...Laksa Johor mabeles dan pelbagai lagi juadah..aku tak snap plak juadah raya Miss S ni..sebab dah lapo beno hik hik hik...tetiba ketat aje baju kurung lepas sendawa hehe..


 
Hari ke-2 tak de la kemana2..cuma bersantai tepi kolam kat umah je..tengok bebudak mandi..meriah..
 

Badan aku terasa tak berapa best dua-tiga hari ni..nak demam pun ada..sakit kepala pun ada..sakit perut pun ada..serba tak kena lately ni..pasal tu la aku tak de mood nak kemana mana...stay kat umah baca buku tgk tv lagi baik..
 
Hari ke-3 berehat sakit perut ku masih terasa..salah makan la ni..makan daging lebih sangat..hari2 makan daging..
 
Pagi Isnin yang kusam di ofis..kusam tapi tenang..orang tak ramai..masih lagi dalam mood bercuti..tapi aku pepagi dah sampai ofis..lain macam mood bekerja..sampai di ofis..perut terasa lapar terus breakfast..perut kembali meragam sakit selepas makan..bukan meragam nak tuutt...tp senaknya lain macam..bila lapar tak sakit..bila kenyang pulak sakitnya pelik..more severe until afternoon..huh sakit sungguh..nak berjalan pun tak boleh....adddoooiiiyaaaaiiiiiii.....helllpppp meeeee...........
 
 9pm...selamat berada di Ward 8-17-33, Putra Specialist Hospital dalam keadaan minda separa sedar..hameekkk ko...(abaikan jari & tangan membengkak itew)

View dari 8th floor...nampak skit bandar melaka..ok la buleh cuci mata dipagi hari sebelum doktor hensem datang..2nd time bercuti di sini..1st time pada tahun 2007...

Dan hari ini semuanya sudah selamat dan masih dalam keadaan pengawasan doktor..hehe..sakit hotak ni..aku akan terus berehat until Awal Muharam..see u in Terengganu!!InsyaAllah...Allahu akhbar!!Allahu Rabbi!!Ya Rahman Ya rahiimm!!!bye!!