Friday, April 13, 2012

BAB MAKAN

Salam..selamat hari jumaat sabtu ahad!!..heheh...tetiba muncul selepas 3-4 hari menghilang..hari ni terasa nak bukak email yahoo yg dah berabad berkurun tak bukan..dah sign in..huh beratur plak email yang ntah apa2..repeated email..pornorian..nak kaya cepat..perompak bank..pesbuk alert..nigerian nak bagi harga berjota pound sterling..nak berkenalan pastu ajak duk lon-don goyang kaki pastu dapat gaji jotaan..huh..kalau betul la tu sumer mahunya aku skang tak de la melangut kat tanah Hang Tuah ni..pasti skang tgh beli M&N kat Tibet...jap agi nak makan Baskin Robbin Hood kat Hawaii...tapi tu semua kategori haram jadah...tapi ada email yang aku simpan ketepi..contohnya..


JENIS MAKANAN


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU bersama DAGING


Jangan makan DAGING bersama IKAN


Jangan makan IKAN bersama SUSU


Jangan makan AYAM bersama SUSU


Jangan makan IKAN bersama TELUR


Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD


Jangan makan SUSU bersama CUKA


Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL


-CARA MAKAN
-JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
-TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
-JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah............... Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandungi ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.




-Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
-Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
-Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
-Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruangan tersebut.
-Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)....




Ni cuci molot @ alas perut @ jajan..tak bleh blah..itu baru tang coci molot..belum makan betul2..Patut la bodi aku sekali pandang ala2 jeniper lopes...melentik gitu..



Nota kaki Makcik : cuba nak ikut cara diet Rasullullah ni...insyaAllah..

4 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

Ikan ngan telur tu dh selalu akak wat tu, huhu.
Tenghari tido 1 jam lepas makan...mm..yelah, terkadang susah nk percaya..tp mmg dh makan tengahari ni selalunya mata akan ngantuk, ngee..

sue-ab said...

alona : saya ikan n daging..agak selalu..huhu

La Cocca Di Papa' said...

sedaknye naget mekdiiii
iols poser harini.... poser ganti...balik kang haurs zasss pegi mekdi beli nugget....

sue-ab said...

La Cocca : kuat nye nafsu mekdi...