Pepagi ni mata coklat dah ngadap berita di Harian Metro..terpegun tgk iklan diharian metro ada video Lisa Surihani..cantik sungguh dia..kalau lah dia berdiri sebelah aku..pasti org tanya dia..Lisa tu bibik baru u ke (tetiba lak prasangka buruk aku ni buat hati aku panas)..
Tetiba mata terpandang berita ni..
KUALA TERENGGANU: Gara-gara tidak berpuas hati enam cucunya hanya mendapat duit raya RM1 daripada ibunya, seorang warga emas berusia 60 tahun gagal mengawal diri apabila menyerang dua adik perempuannya dengan merosakkan harta benda serta menghamburkan kata-kata kesat berbaur ugutan dalam kejadian Jumaat lalu.
Difahamkan kejadian berlaku selepas lelaki terbabit yang berlainan bapa dengan mangsa naik berang apabila enam cucunya hanya memperoleh duit raya RM1 daripada ibunya berusia 84 tahun sebelum menuduh kononnya dua adiknya itu mengawal duit ibunya yang sudah uzur.
Kejadian berlaku pada jam 10.30 malam di rumah seorang adik berkenaan, Noleha Sulong, 42, di Kampung Pengadang Baru, di sini, menyebabkan dia dan dan adiknya, Rokiah, 37, trauma serta hidup dalam ketakutan.
Noleha berkata, dia tidak sangka abangnya itu tergamak menyerang dia dan adiknya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan jumlah duit raya diberikan ibu mereka.
Boleh pulak perangai cam gitu...macam2 jenis manusia...macam tu pun nak berkira...
Nota kaki makcik : Nasib baik nenek tu bagi duit raya walaupun singgit...ada orang tu langsung tak penah dapat duit raya dari seorang nenek...orang itu adalah makcik la..pasal nenek makcik dah lama meninggal dunia..
No comments:
Post a Comment