As-salam...terima kasih kerana page ini jadi pilihan anda hari ini..wah-wah macam iklan tb..hehehe..apa khabar semua?aku ok-ok je..baru baik sakit gigi seperti yg aku duk gung gang kat entry sebelum ni..bila dah sihat ni boleh la beriadah sikit..sikit-sikit je secara aman..balik kerja petang tadi mood nak kemas kini tanaman @ semak samun seperti "tora datang lagi!!" begitu meluap2..bukan apa depan umah aku ni bersepah ngan pasu2 pokok..sebelum jadi macam "rumah tinggal" baik aku susun2 apa yang patut..
Sebelum ni mungkin aku tak pernah update entry perihal pokok2 ku..dengar mcm bykkan tp sebenarnya tak byk pun..maklum la umah bertanah simen ni susah la nak bercucuk tanam, kalau ada tanah luas pasti dah ku tanam durian,rambutan,duku dan sewaktu dengannya..
Sebelum ni aku minat "bercucuk tanam" pokok2 yang kurang perlu nak siram tiap2 hari..contohnya..kaktus (pelbagai jenis), aloevera (2-3 spesis)..bukan apa, akukan bz mcm rosmah mansor..so kena tanam pokok yang perlu siram seminggu skali jew..senang keje kan(org ada penyakit malas mcm mcm ni)!...tp bila lama2 duk hadap kaktus je..jemu la pulak..aku pun merajinkan diri tanam pokok yang ada bunga pulak..dimulakan dengan Pokok Bunga Kembang Pagi..
Gambar ni pun gambar lama tau..huhuhu...masa ni semangat jaga pokok ni...sebab bunga dia cantik bila dah keluar banyak2 mcm ni..terhibur rasa hati..
Penuh balkoni umah aku dengan pokok ni..cuma yang aku rasa tak puas hati sikit bila nak cuci mata ngan bunga ni hanya hari minggu aje tau pun public holiday atau pun hari aku MC atau ponteng kerja..sebabnya bunga hanya kembang waktu pagi..bila aku balik keje petang atau malam dia dah kuncup..huhu..
Disamping tu jugak aku ada jugak tanam spesis2 puding ni..puding ke ni? kalau bukan..bukan la..hahaha..aku main redah je tanam..sempat jugak la aku tengok dia beranak pinak..tp sekarang byk jugak yang mati dah..sbb aku byk duk sebok "outstation" so dia kekurangan zat2 dan kasih sayang..
Starting tahun 2012 ni, aku mula tanam pokok2 yang boleh dimakan pulak..aku mula tanam pokok kari..ambik anak pokok kat kg Jengka 18..jauh tak...apa pun tak boleh..kebetulan je tu..sempat juga merasa hasilnya berpuluh kali..tapi last skali pokoknya mati sebab kes aku outstation jugak..berbelas hari tak siram..maka terkulai layu la ia..pokok kari aku ni tak tahan lama mungkin disebabkan aku tanam hanya lah dalam pasu..huhuhu...nanti yer pokok kari, mak beli tanah 2 ekar tanam ko yep...gambar tak sempat snap sbb tak duga pun nak enterperem pokok dlm page mak ni...selain dari tu aku ada jugak cuba tanam halia..huhuhu..tak menjadi ok...lain tahun cuba..
Sebenarnya pengalaman aku bercucuk tanam ni zero hahaha...biasa aku tanam pokok besar2 je..jati..cengal..-tipoo-
Ni pulak Pokok Selasih atau omputih duk panggil dia Basil..aku baru tanam dalam 3-4 mggu gitu la..cepat gak dia membesar bagai johan..hari2 aku hadap..bila la nak tumbuh bunga..tak sabar nak tgk bunga warna purple tu..kalau bau daun selasih ni pasti aku teringat sesuatu..LAKSA TERENGGANU!!! hahahha..aku tanam pokok ni bukan aku nak buat laksa tp saje2 je..banyak kegunaan daun selasih ni..setahu aku la selepas dicampur2 info dr pakcik gugel..
1) boleh dibuat ulam..makan dengan nasik panas2..walla..
2) jus daun selasih boleh menjadi penawar kala jengking dan patukan ular, meredakan
sakit perut dan mengurangkan tahap gula di dalam darah.
3) air rebusan daun selasih boleh digunakan untuk berkumur bagi mengurangkan
sakit gigi.
4) daun selasih dimakan atau air rebusannya diminum untuk mengurangkan batuk
5) jika demam, daun selasih yang ditumbuk lumat perlu ditampal ke dahi untuk
mengurangkan panas dan sakit kepala,
6) pantun2 melayu banyak kaitkan "selasih" dengan kasih sayang...
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Hilang emak
hilang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.
Batang selasih permainan budak,
Daun sehelai dimakan kuda;
Bercerai
kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.
hahaha cemas jap bila baca pantun...
Ni pulak Pokok Limau Purut...dah sebulan aku beli anaknya tapi baru hari ni dia dapat rumah baru..kesian dia..semoga panjang jodohnya dengan aku..limau purut ni aku tanam sebab aku rasa kadang2 aku sgt memerlukannya..bila beli kat supermarket 3-4 helai dah 50-80sen..aku rasa mahal sgt tapi kalau aku tanam pasti lepas ni aku bleh export daun limau purut ni pulak hahahahah...aku bukan la tanam pokok limau purut ni pasal nak buat tomyam aje..banyak lagi menu2 lain aku guna daun limau purut ni...contohnya bhun goreng tomyam..daging masak kicap..ayam sambal..kerabu..apa lagi yep..lupa la..oo yer..masak lemak ikan keli pun aku penah lempar hirisan daun limau purut kat dalam tuh..huhuhu..hentam saje lah labuuu...
Itu aje la buat kali ni..mungkin akan menyusul lagi dimasa2 akan datang koleksi pokok2 ku ini..semoga semua2nya sihat2 belaka..InsyaAllah...bye!