Wednesday, April 25, 2012

MAKIN REMAJA SEMUANYA..

Salam...entry petang2 hari ni hanya la untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir pada 3 stooges rakan sekerja aku ni..majlis sambutan hari lahir ni dibuat secara kecil2an dan mmg simple aje..maklum la masing2 dah 30 kali lebih dah duk sambut...yang sorang tu dah lebih 40 kali sambut..so tak perlu nak meriah2 tiup belon..tembak bunga api bagai..
Aku mewakili kawan2 lain ingin mengucapkan Selamat Lahir kepada En Ghaffar @ GM..Puan Azlina selaku  Engineering Data Moderator dan En Zairul selaku Data Engineer...semua ni org2 lama kat CTRMAC..kalau berenti salah sorang ni mahu lingkup company ni...Nauzubillahhh..

Vanilla Ice cream Cake hasil tangan Puan Aishan...sedap..sesapa nak tempah bleh pm aku..

Coklat Cake hasil kerja tangan En Azrul..lovely..yang ni pun kalau sesapa nak tempah bleh pm aku..beliau sediakan penghantaran ke rumah..

Bihoon Tomyam Campur...hasil rekaan aku..harap2 diaorg makan tak ada yg food poisoning...

Keropok Ikan Lazat berkrim air tangan Cik Asrar

Si muka berkilat hadap rezeki..

Birthday girl and bobois..remaja2 semuanya...

Tukang perabis makanan yang ada...

Tuesday, April 24, 2012

PASAR MALAM CINA

Salam...selamat hari selasa...kalau hari ni hari Jumaat,malam ni dah bleh pegi pasar malam cina atau nama lain yang lebih glemer kat Melaka ni "Jonker Walk"...sebelum ni aku dah pernah bukak entry pasal Jonker Walk ni..time tu berjalan2 buang masa ngan kawan2..setakat nak pegi sorang2 sini tak de ler..melainkan mmg ada target nak beli barang kat sini...bukan nak makan ok..tak de mende yang kita boleh makan kat sini...kat sini kalau bagi aku macam kita nak exercise jugak la..sebabnya kalau kita berjalan@meronda dari hujung hingga ke hujung..pembakaran lemak kita ibarat macam kita jogging 1km ulang alik..gitu ler..

Biasanya kalau aku nak beli barang perhiasan rumah @ diri aku datang le sini..harga aku tak cakap murah sangat la tapi ada yang boleh tahan..
Suka awek ni dapat jalan2...

Kalau pegi pertengahan bulan..suasana agak aman dan tenang...tapi kalau hujung bulan,cuti sekolah,public holiday...memang jalan duk bergesel nagn orang je...tak kuasa aku...

Kalau pegi berbungkus macam ni lagi banyak lemak boleh bakar..

Kalau orang terlalu ramai seperti peak season yg aku cakap tu..sila bawak bekal air sendiri ok..nanti korang haus..korang terbeli plak air tebu cina...tak pun aiskrim goncang cina..walllaa...

Nak tengok konsert pun ada kat sini..tempat duduk disediakan...

tumpang umah orang nak posing..

Kalau tak nak gi jonker..round2 je bandar Melaka..


Casa De Rio...disebelah Jonker Walk aje...

Jom datang Melaka...




Monday, April 23, 2012

MERAPU

Salam...dah lunch semua...aku baru menghabiskan 1 periok bekas nasi ayam..Alhamdullillah kenyang...kalau makan free ni memang berselera aje...nasi ayam melaka,nasi ayam kelumpo,nasi ayam johor, nasi ayam terengganu,nasi ayam penang,nasi ayam singapore atau nasi ayam sabah sumer nya rasa sama..cuma kalau nasi ayam free lazatnya ada lebih sikit...tapi kalau tak sama antara negeri ni pun mungkin ikut loghat masing2 kut..
Sebut pasal loghat kalau kat melaka, ayat yg aku suka dengar tp rasa pelik dan kadang tu tak tau apa maknanya seperti nombol..tak apik..mengigal ngigal..ketuntang..musibat...hawau tak nge..melesey..besar bagak dan macam2 lagi..
Semalam aku berlokasi di Bera Pahang...dikaunter sebuah kedai runcit nyoya, tetiba terdengar skrip ni..
Makcik lingkungan 60an : "Nya! berapa harga SEKERIM ni?"
Mulanya aku tak dapat tangkap lagi..lepas tgk aiskrim kat tangan nya baru ler paham...
Jadi kalau kita kemana2 kita jangan lah banyak komen percakapan mahupun makanan diaorang..tak kira la berdepan dengan orang mahupun ditulis di blog kesayangan sendiri dan jangan sekali2 mengeluarkan kata ini..."saya rasa nasi ayam kat terengganu lagi best dari nasi ayam kat perlis" atau
"saya tengok orang2 melaka lagi cantik dari orang perak" atau "saya tak suka dengar orang kelantan cakap tak paham langsung..ok lagi orang trg" atau "negeri kedah lagi mundur dari pahang"...dalam erti kata lain jangan merendah rendahkan kelebihan yang ada pada orang lain...dan jugak jangan meninggi ninggi kan apa yang kita ada contoh ayat yang paling tak leh blah dalam blog atau pun ketika perbualan ..."perasan tak?aku nampak cantik hari ni kan?" atau "saya nampak cun kan?" atau "baju yang aku pilih semuanya cantik2 dan up todate semua"..."rumah saya besar bagak walaupun tinggal 2 orang jewww.." atau " saya kalau pakai lipstik murah2 ni nanti bibir jadi menggelupas melecur" atau "saya tak nak masukkan gambar saya banyak2 dalam blog sbb ramai yang cakap pipi saya merah gebu"...mampuihh!!!
Hidup mesti bersederhana la ok..

kita berada dibawah langit yang sama....

Pokok Sekentut...

KERABU MANGGA DI TEKAK KU..

Teringin nak makan kerabu mangga...semalam kenapa aku lupa nak beli mangga muda kat pasar....huhuh kalau tidak kerabu mangga muda +kacang tanah+taugeh+carrot+bawang segala mala ni dah masuk tekak aku malam ni...masam dah terasa rasa ni...bersama nasi putih panas-panas...lazatnya...

PEMINAT LANDASAN


sunyi sepi...

tetiba plak kembang semangkuk keluar...

TEST AJE..

testing...testing...

Thursday, April 19, 2012

ASYIK MABOK JE

Salam selamat petang...hampir seminggu tak menjenguk sesiapa...blog aku tgh kacau bilau ni..huh tangan dah gatal duk tekan sana sini..dah cacamarba semuanya...terhenti blogging buat sementara waktu...pening...

Friday, April 13, 2012

INVITATION

What to do?


Nak salam macam biasa?


Nak salam kaut?


Nak ciom tangan?


Nak ciom laga pipi?


Huisssyyy...nanti kena tampar plak...


Jalan kait lengan la...kompom!


Nota kaki makcik : ni aku bagitau awal2..jangan ngengada buat2 terperanjat nanti...aku bagi sepakkan kuda arab baru tau..

BAB MAKAN

Salam..selamat hari jumaat sabtu ahad!!..heheh...tetiba muncul selepas 3-4 hari menghilang..hari ni terasa nak bukak email yahoo yg dah berabad berkurun tak bukan..dah sign in..huh beratur plak email yang ntah apa2..repeated email..pornorian..nak kaya cepat..perompak bank..pesbuk alert..nigerian nak bagi harga berjota pound sterling..nak berkenalan pastu ajak duk lon-don goyang kaki pastu dapat gaji jotaan..huh..kalau betul la tu sumer mahunya aku skang tak de la melangut kat tanah Hang Tuah ni..pasti skang tgh beli M&N kat Tibet...jap agi nak makan Baskin Robbin Hood kat Hawaii...tapi tu semua kategori haram jadah...tapi ada email yang aku simpan ketepi..contohnya..


JENIS MAKANAN


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU bersama DAGING


Jangan makan DAGING bersama IKAN


Jangan makan IKAN bersama SUSU


Jangan makan AYAM bersama SUSU


Jangan makan IKAN bersama TELUR


Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD


Jangan makan SUSU bersama CUKA


Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL


-CARA MAKAN
-JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
-TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
-JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah............... Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandungi ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.




-Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
-Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
-Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
-Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruangan tersebut.
-Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)....




Ni cuci molot @ alas perut @ jajan..tak bleh blah..itu baru tang coci molot..belum makan betul2..Patut la bodi aku sekali pandang ala2 jeniper lopes...melentik gitu..



Nota kaki Makcik : cuba nak ikut cara diet Rasullullah ni...insyaAllah..

Thursday, April 5, 2012

GIGEL...

Salam...selamat petang...kawan2 sihat semua?terima kasih kerana sudi singgah umah aku ni...ada habuk atas rak sikit2 tu ignore je la..cawan tak berbasuh..atas meja tu ada tisu, kertas tak buang..biasa la umah tak de maid mmg macam ni...dulu ada maid thailand-golok punya...24 jam umah aku bersih je..abuk jarang singgah...sebelum kul 8 dah kemas...kul 10 kemas lagi..kul 1pm kemas lagi...kul 4 ptg kemas lagi..malam pun kemas umah siap2..huh sentiasa tepat berita n updated...tp sekarang ni maid aku dah berenti keje..dah balik kampung, katanya nak kawin ngan abg angkat nya, si panjat pokok kelapa itew..2 bulan lepas aku dapat berita dia kerja kat Hotel Lee Garden Plaza Hatyai jadi tukang urut propesenel...dengar citer x-maid aku dah kena bom..entah apa nasibnya..heheh...nak cari maid baru pulak la...kalau boleh nak cari orang Uganda. Buat masa skang kalau ada abuk ke sarang labah2..semak samun...mintak maap je la..


Aku tak sabar nak balik kerja hari ni...nak pegi check stock kat Jusco...banyak stok beku tu..aku nak gi cairkan karang...cairkan mata aku la..hehe...gi exercise kat Jusco jap..harap2 berpeluh la tgk harga barang intipan aku kali ni...jangan aku terus test angkat berat pulak..memetir kementerian kewangan nanti...




Semoga aku tak buat aksi begini petang nanti...kena istighfar banyak2 sebelum masuk pintu jusco nanti...doakan kejayaan aku melawan bisikan2 syaiton yg direjam..



Nota kaki makcik : saat ni jari jemari aku yg runcing bak Rocky2 ni menggeletar je..apa makna tuh..

Wednesday, April 4, 2012

NAFSU SERAKAH

Salam..selamat tengahari + dah nak petang...mata amat mengantuk diwaktu nan syahdu ni..walaupun opis ni agak gamat,huru hara,gempak,haru biru,hingar bingar dan seumpamanya mengatasi kadar tahap kebisingan pasar borong ataupun pusat lelongan tapi aku tetap cool dan romantik mengadap pc ni..bukan spesis kera sumbang tapi aku tak bleh nak bersaing buat bising kerana perut aku sangat kenyang tatkala ini..huhuhu...



Hidangan enak di tengahari...for me..2 kfc drumstick & 2 pcs hawaiian chicken pizza (large portion)+++..agak melampau nafsu makan aku hari ni..harus no dinner tonight ok! Jangan sesapa datang pada aku malam ni ajak makan malam ok..aku tak de selera...
Tolong yer adik2 seopis..jangan buat selalu adegan makan macam ni..



Tp masa mende2 ni sume dalam kereta aku rasa lapar macam nak terkeluar bijik mata..tapi skang bila nampak pizza ni rasa macam nak terkeluar isi perut pulak...huhu tak de selera skang ni...



Nota kaki makcik : bila keadaan berbadan 3 ni tgk kacang pun rasa kenyang...huh...

CUCI MATA

Salam..selamat pagi semua..lately ni aku kurang pulak nak bermastautin kat page ni kan...bukan apa..mungkin kurang utk share story ni pasal aku kerap berpindah randah opis heheh...so malas..bila dah pc lain2 ni..tak de la nak tepek gambar lebih2..hehe..maklum la guna pc pinjam ngan company mmg macam ni..nak beli laptop,ipad dan sewaktu dengan nya tak mampooo...dan masa untuk mengadap bende2 ni selepas waktu kerja tu pun tak mengizinkan..biasa lah..selepas waktu kerja aku banyak menghabiskan masa untuk belai diri sendiri ni..wah giler kentang statement...tido mesti secukup waktu baby tido hehhe...tak bleh nak stay up lebih2..
Ok pepagi ni aku nak hidangkan makanan yang best2 ni...biar menggelupur cacing lam perut korang tgk..hehhe...


Double Black Pepper Lamb Chop with yummy Mushroom Sauce for aku!


Grilled Ostrich for Miss Pink Bun


Black Pepper Chicken & Lamb Chop with Mushroom Sauce for Mr Sam-seng Wonder


Gold Money Pocket for 3 fabulous eaters...


Ice Lemon Tea with Blue Lime Romantic juice..giler ahhh!!!


Selamat bersarapan dengan kuih koci je pagi ni...hehhehe...sarap pepagi ni yg light2 je..sebab nak "menjamah" lunch yang agak berat hari ni..wait aaaa...



Nota kaki makcik : Boboys makcik kat "bawah" sana kalau tgk blog makcik ni jgn telan air liur lagi, nanti kita gi makan ramai2 pulok ok...sabar2...nak tunggu makcik Non*h call dulu ok...

Monday, April 2, 2012

CITER NTAH APA2..

Salam...selamat tengahari...apa khabar semua..aku sihat aje..cuma penyakit bosan aje melanda..hari minggu lepas memang dinanti nanti dan telah dilalui dengan jayanya...hehhe..bukan ada apa program pun..hehe..cuma program nak berhibernasi kat umah je..program makan2..program tido2...
Hari Sabtu pagi aku berjanji nak ke fitness premium untuk jumpa seseorang..tp bila ada org call ajak gi survey barang elektrik so cancel ke FP..laju aje bab2 jalan2 cari pasal..dah petang aku plan lagi ke FP...lagi sekali tak menjadi..sebab aku tertido dari jam 3pm dan sedar2 je dah 6 lebih...nasib baik 6 ptg..bukan 6 pagi esoknya...cancel lagi perjanjian ke fitness..apa pun tak boleh..org yang janji tu pun dah hantar sms nak hantar bom kat umah aku...hehhe...sorry...
Hari Ahad aku teringin nak makan kerang rebus...



Best...anak Pok Leh bila nak belanja aku makan kerang bako ni?



Nota kaki makcik : beli kerang 2-3 kg bako kat umah lagi best..makan sampai mabok!!!