Thursday, April 30, 2009

TAG DARI IEDADADIDA

TAG YG KETIGA UTK BULAN INI...TAK SANGKA AKU MELAYAN 3 TAG SEBULAN..HUAHUAHAU...NTAH NAPE AKU JADI SERAJIN TAHAP DEWA BEGINI....

TAG KALI INI DARI IEDADADIDA ...AKU LAYAN JEEE.....

1) NAMES THAT FRENS CALL YOU..
-Aku dah jawap di 2 tag yg sebelum ni....aku rasa malas pulak nak taip balik...

2)MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:-
-19 June
-6 July
-1 Sept

3)THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:-
- Jalan jalan...

4)A GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:-
-Tak kisah apa pun asalkan free....aku tak yah bayar...

5)YOUR FAVORITE HOBBIES:-
-Tengok TV...baca novel

6)PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:-
-Semua tempat didunia ini yg aku belum jejak...termasuk skali Somalia..

7)THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR ROOM:-
-Tilam
-Bantal
-Katil
3 bende ni memang tempat dia kat lam bilik....

8)TOP FOUR HANGOUTS:-
-Rumah ku syurga ku
-Rumah di Bachang
-Rumah diground floor Tman Bachang Jaya...
-C-14 Tmn Bachang Jaya..

9)Persons U LOVE SO MUCH:-
-Ahli Keluarga yg masih idup mahupun yang telah kembali ke Rahmatullah...

10)THINGS SPECIAL TO YOU:-
-TV
-Novel
-Laptop
-Mesin Basuh
-Peti Ais
-Dapur
-Jam
Tanpanya aku menjadi seperti kera sumbang...

11)YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:-
Korang yg baca la...baru korang perasan byk bende yg penting lam hidup kita yg kita anggap mende tu biasa aje..

12)REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:-
-Pertama sbb kalau aku tak jawab...Ida kecik ati...nanti dia tak tag aku lagi...
-Kedua sbb aku mengisi masa lapang skang...
-Ketiga pasal aku suka la...

Ciaow..

Tuesday, April 28, 2009

AKU LETIH

Aku letih bila org memandang
Aku letih bila org membohong
Aku letih bila org hasad dengki
Aku letih bila org ulang2 cakap
Aku letih bila org bermuka muka
Aku letih bila org mengejek2
Aku letih bila org cakap besar
Aku letih bila org busuk hati

Tapi aku tak letih bila aku sibuk
Aku tak letih bila org ambik tau pasal aku
Aku tak letih bila org sayang aku
Aku tak letih bila aku ketawa kuat2
Aku tak letih bila bercuti
Aku tak letih bila tgk tv sehari suntuk
Aku apa lagi ye..??

Tu sume soalan mudah nak di jawab... 1 soklan yg susah nak jawab..

Kenapa lelaki berkahwin lebih daripada satu?

Persoalan kekadang sukar dijawab.

Kerana nafsu?
Kerana bosan dengan isteri sebelumnya?
Kerana mencari insan lebih muda?
Kerana ingin ‘menyelamatkan’ wanita bujang lanjut usia?
Kerana isteri berikutnya lebih berharta?
Kerana isteri sebelumnya tidak mampu melahirkan zuriat?
Apa lagi ya?

Korang jawap la pulak!!

Saje je tanya...tak de kaitan antara yg hidup atau pun yg telah meninggal...

Ciaow..

Sunday, April 26, 2009

TAG DARI DAMIAISY

Skali lagi aku di tag..kali ni dari DAMIAISY soklan lebih kurang sebelum ni..tp aku jawab jugak la..pasal org dah memberi kita kena jawab...tp soklan ni aku dah jawap di FP ku dulu..tp kali ni di sini la pulak...soklan2 nya simple aje...tak yah pening2 nak pikir...
1. Nama Timangan anda:
Jawapan mesti sama dengan tag dari sufiehas lepas...nak aku ulang ke?...scroll ke bawah...pasti jumpa...


2.Anda seorang yang:
Kuat berangan....setakat ni dari aku omo 13 thn...aku berangan (rahsia la apa yg aku angan) dalam 60% dah tercapai...aku tak convertkan angan2 aku tuh jadi cita2..pasalnya kalau cita2 kena buat sesungguh...salah satu angan2 aku yg mungkin takan tercapai sampai ke hembusan napas terakhir ...ada...contohnya..nak jadi awek shane westlife...huahuahua....
3. Insan teristimewa??Describekan dia terlalu Istimewa di mata anda:
Mestila MAK aku...walaupun dalam idup aku ni ada agung ke sultan ke pm ke menteri ke tapi org yang paling istimewa adalah mak aku...pasalnya korang pun tau apa yg ada pada sorang ibu...kalau kita marah ke bergaduh ke kecik ati ke kat dia..mesti tak leh lama2..pasalnya depan mata nampak je api neraka...dan dia lagi istimewa kalau dia dah tak de tiada lagi lam dunia ni title IBU yg kita ada dah berakhir...ibu tiri ibu angkat dah lain ejaan nya..kalau laki/bini boley diganti...tapi IBU sorang aje dalam idup kta...
4.Lagu kesukaan anda:
Semua lagu dalam folder LAGU kat laptop aku ni...dalam 2300 lagu..kalau aku dah tak suka aku letak dia dalam recycle bin.
5. Makanan kesukaan anda:
Nasik putih...kuah singgang...ikan kembung goreng...budu...almaklum la aku ni org kampung...kalu lauk tu aku masak hari2 pasti aku jadi 'sekecik' SHANIE....
6.Warna kesukaan anda:
Semua kaler yg aku pilih utk tulisan aku kat blog aku ni...maaf la kalau mata korang jadi berpinar...
7.Tiga benda mesti ada dlm beg anda:
Kad pengenalan..Lesen..Kad ATM....kalau duit tu tak mesti sangat...pasal aku penah bawak purse aku kulu kilir tanpa ada duit...
8.Kali terakhir masa anda menangis & kenapa:
Semalam le kol 4 ptg...hehe..aku tengok finale episode citer Korea "SAD LOVE STORY"....ada ke ending dia gitu...toucing....huhuhu...
Aku dah lapo...nak gi masak dulu...
PESANAN : boley bagi tag yg mencabar hati dan perasaan sikit tak?huahuahauah..aku penah dapat tag yg mencabar hati da perasaan sampai aku tak boley jawab tag tu sampai skang...
Ciaow..

Friday, April 24, 2009

CERITA Mr X - RM 300 SEKILO & HIV

Kali ni Mr X bercerita lagi pasal dia dah pegi ke Sarawak...ensen la tu...dia bercerita tentang lawatan dia ke Pasar Satok, Kuching, Sarawak...dia membeli 2 ikan terubok masin.Dia sembang dgn tukang jual ikan tu...
“Saya jual satu sepuluh ringgit saja ” ujar penjual, ramah.Di kertas tanda harga tertulis ‘RM17 seekor’. “Kalau nak makan sendiri beli jenis besar, Malaysia punya. Nak bagi kepada orang, beli jenis kecil, sepuluh ringgit tiga, boleh dapat banyak, Burma punya,” jelasnya.
“Telor ikan terubok, nak? Tiga ratus ringgit sekilo,” soalnya.
“Sebab apa mahal?”Mr X terperanjat...
“Dalam seratus ekor, lebih kurang lima belas saja bertelur, susah nak dapat sebab itu mahal," pantas dia menjawab.

Aku : Sedap ke telur terubok masin, sesiapa pernah mencuba? aku Sarawak pun tak penah jejak..

Mr X termenung seketika...dan meminta pendapat..
Dia kata...dia percaya mesti ramai pembaca blog aku ni masih bujang malah sedang hangat bercinta. Cinta, perasaan yg terindah dipupuk menjadi pemangkin pasangan merancang menuju gerbang perkahwinan.
Perkongsian hidup antara dua insan.Pasangan serius berhasrat hidup bersama bertahun-tahun berusaha sedaya upaya mengumpul wang memastikan niat menjadi realiti. Cukup wang perbelanjaan, tarikh perkahwinan ditetapkan. Kad jemputan diedar kepada rakan taulan maupun saudara mara.
Kata la sewaktu si 'dara' bersama si'teruna' menyertai kursus perkahwinan, berita buruk tiba-tiba menyapa ..“Maaf, pasangan awak positif HIV!,” ujar pegawai perubatan.Ketika itu pasti sidara berada di persimpangan dilema. Mr X tidak mendoakan senario di atas berlaku kepada sesiapa.
Tetapi jika terjadi pada anda, sanggupkah anda berpisah, berkorban demi cinta? Atau mencari alternatif lain bernikah di luar negara? Bermula tahun ini setiap pasangan bakal berkahwin di seluruh negara WAJIB menjalani ujian saringan HIV, antara syarat kursus perkahwinan bertujuan mengekang jangkitan AIDS di negara kita.

Dan apa pendapat kengkawan...tak kira la yg dara..yg teruna...yg bekas dara...yg bekas teruna dengan hal sebegini..

Pada pendapat aku...aku hai hai bye bye je la...

Ciaow..

Monday, April 20, 2009

TAG FROM SUFIEHAS

TAG DARI SUFIEHAS...simple aje...soalannya adalah.....

(Upload picture yang anda gemari dan jawab soklan dibawah)
Kenapa anda suke gambar ini?
Pasalnya HAHAHAHA...aku rasa aku awek mamat tuh!!!!!Jangan marah ahhhh.....sapa suro bg aku soklan ni..mmg ni jawapanya....gambo ni mmg jadi wallpaper aku...
Bila kali terakhir mkn pizza?
27hb lepas...gaji dah masuk...so aku buat lawatan kat pizza depan umh aku tu...
Lagu terakhir yg anda dengar?
I'm The Lucky One - Anuar zain kat headphone aku....
Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
Makan aiskrim...waktu break...pekena aiskrim magnum coklat...walla!!!
Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Che Su..tu family call....anak buah dan kengkawan rapat call Chu...itu aje nama yg aku ade dalam idup...hanya 3- SU..CHE SU..CHU....
Ciaow...

Saturday, April 18, 2009

PART 3 : NAK EXERCISE

Utk meringankan bebanan perut..kami sekali lagi (dulu dah first time..ni seken time la pulak)melawat tapak boling..bukan la pro...sekadar golekkan bola berat tu simple aje...tak yah nak pikir teruk2..masih kumpulan kami yg memekak diantara yg lain2 memekak kat situ..tp sorg dari kami dah balik awal pasal masa dia makan td dia teringat kat mak dia...sebelum dia menangis nak balik baik kitaorg antar dia balik dulu..huhuhu...


Huhuhu...no komen...
Pesertanya adalahhh...kokel n weightgain..
Abg polisss n kaki kompang...
Duo yg makan byk ni..sutun n montel..
Pasukan kenit..ai ai chip n mbok miah spirit...
Dan aku la...teman tapi mesra...
Gamat dgn tepukan ala2 mcm shalin join skali..
Lepas layan boling kami buat kajian di GSC pulak...


Memandangkan malam pun dah nak jadi pagi..ayam pun dah nak jaga dr tido...kami meeting kejap..n kami sepakat nak balik umh...TAMAT.
Adengan sebelom acara boling ada dientry bawah..
Ciaow...

PART 2 : MAKAN LA APA LAGI..

Sebelum makanan sampai...kami posing dulu dan buat bising kat tempat tu...kiranya 10 org tu sume nak bercakap...merecik recik air liur sorg2...

Sabar menunggu....belasah otak2 dulu la...
Bila dah start makan baru suasana menjadi aman...tenang dan damai sekali...rakusnya baju itam tuh..
Tinggal dia ni yg kurang berat badan dgn kayuhan nasi kedalam mulut agak perlahan..
Ini perempuan makan byk dari aku!!
Kami tetap bersedia utk disnap walaupun dalam mulut ada habuan..
Jangan paling kiri kanan la...FOCUS!
Sehingga menjilat jari..
Meja sebelah masih sibuk...
Perut sudah kenyang..mata sudah layu la...
Tinggal pinggan...
Perlahan tapi sampai ke garis penamat dengan jayanya...
Sudah makan baru mamat dua org ini teringat kat mak n bini...apala diaorg makan kat umh...huhu
Ish...
Perut dah kenyang...Bila nak balik?
Dah tak larat...berat perut..
Selepas itu kami menuju ke destinasi lain utk mengurangkan kesesakkan dalam perut..
Sambungannya diatas..
Dan apa yg kami makan ada dientry bawah..
Ciaow..

PART 1 : MENU APA?

Kali ni kami makan lagi....sempena 2 org dari kami akan bekerja ditempat lain...ini hasil kami buat tabungan selama 3 bulan..hehe..kes makan2 kali ni tak de sponsor...tak lulus..ahhaha...sendirian berhad..seramai 10 org anggota yg hadir ke PESONA IKAN BAKAR UMBAI MELAKA ajee...
Kami pilih bahan yg terbaik utk selera kami yg tajam ini...


Dan menu yg tersedap seantero medan ikan bako ituh...

Setiap menu kami doublekan jadi 2 hidangan (1 hidangan utk 5 org saje)...makan selera ala2 jin gitu...




*ni mcm nak promote kedai ni aje..*

Kami tambah lagi dengan otak2 2 bakul dan nasi lemak yg bertriple seorg dan akhir skali kami mintak kerang rebus...sume pic tak dapat di snap kerana jurugambar sibukkan diri makan dengan lahapnya waktu itu..

Dan kami seakan tak percaya cost yg ditanggung hanya la..RM250.00 tunai....kurang dari apa yg kami jangkakan...so apa lagi duit balance kami pegi cucuk langit sampai tembus...

Bersambung diatas...

Ciaow..

Tuesday, April 14, 2009

CERITA Mr X - BILA PPUAN BKECIL HATI

Ada ke patut Mr X kuarkan persoalan ni...lepas baca aku terpikir2 jugak...betul jugak apa yg ditanya...tp aku dgn egonya tak menyebelahi sangat Mr X...dia lelaki..apa tau..

Mr X berkata kata...
Bukan semua perempuan pandai memasak. Sebilangan mereka pula langsung tidak berminat menyediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, khususnya perempuan bujang.“Kedai mamak banyak, apa susah-susah masak?,” soal mereka angkuh.Bagaimanapun, hairan, mereka sering memuji dan menyanjung masakan wanita generasi lebih tua apabila bersembang dengan teman lelaki.

"You tak cuba masakan mak I lagi. Masak apa pun semua sedap. Kira air tangan dia memang perfect. Jauh sangat berbanding dengan I ni, masak tak berapa nak menjadi,” ujar mereka.Persoalannya, bagaimana ‘nak menjadi’ jika jarang ke dapur?

Bagaimanapun, hemat saya, majoriti wanita berkahwin sedaya upaya cuba memahirkan diri memasak. Mereka masak untuk anak-anak, suami dan saudara mara datang berkunjung ke rumah. Malangnya akibat sebilangan isteri jarang ke dapur, bukan semua masakan mereka sedap, biarpun ‘sedap’ itu agak subjektif.Justeru, segelintir suami cuma menjamah sedikit lauk-pauk dimasak, isteri berkecil hati.“Kita ni penat, balik kerja, masak untuk awak tapi makan sejemput,” keluh isteri.
“Saya nak makan banyak macam mana? Awak masak tak sedap!”Jika kenyataan berterus-terang itu diungkap suami, tersilap langkah, pinggan, piring dan cawan melayang di udara seminggu dapur tak berasap. Justeru, jarang suami berkata begitu, majoriti masih beradab. Kalau tak sedap pun terpaksa la kata "boleh la"..tu maknanya kureng sedap...emm...

Betul ke apa yg dikatakan Mr X?

Ciaow..

ESOK HOLIDAY

Esok 15hb April merupakan cuti umum bagi negeri Melaka...sempena Declaration of Melaka as Historical City...bak kata lain Pengishtiharan Melaka Bandaraya Bersejarah...biasanya malam ni ada pertunjukan bunga api...dan malam ni jugak dengar citernya ada konsert M Nasir dan jugak awie...tapi aku tak la berminat sangat nak gi tgk tu sumer...sebab aku ni kurang suka pada kesesakkan..



So malam ni aku decide nak duk kat umh aje..kes pertunjukan bunga api aku boley tengok dari umh aku...sebelum2 ni pun aku tgk bunga api malam merdeka dan tahun baru hanya dari umh aje...boley nampak dengan jelas kalau bunga api tu 'diletupkan' dari area ayer keroh..huahauha...

Sambil2 makan putu bamboo + aiskrim mesia perisa anggur aku layan movie ditv2 The Peacemaker lakonan George Clooney n Nicole Kidman..macam best walaupun citer tu mcm dah lama...mula2 boring sikit...bila layan2 ngan kejap2 iklan yg melambak best pulak...cancel nak layan citer korea smlm yg belum abih...smlm server mengong sikit...sempat tgk 5 video aje..huh..



Jumpa lagi..

Ciaow..

Monday, April 13, 2009

MAKAN FREE..

Smlm sebelum tido aku dah plan nak puasa makan besok...tetapi tiba2 pagi td ada org nak blanja breakfast pulak...kalau tak makan nanti..keciiikkk ati org yg nak blanje pulak..

So terpaksa lupakan plan seketika...meraikan majlis tu lebih penting..hidangan pulak..sume nya best...kok bisa nambahin aku punya lemak...waduh...

Makan dulu...bismillah...

Itu cerita pagi td..mlm ni pulak aku tak makan apa2...tak la lapar sangat so aku rasa tak perlu lah nak makan ...cuma pekena milo 1 mug pun dah cukup sambil aku duk ngadap citer Korea kat You Tube...SAD LOVE STORY...dah seminggu aku layan cerita ni..dan hampir setiap malam aku menitiskan air mata...huhu...touching!! @@&^^
Kejap lagi aku nak sambung tgk...walaupun aku layan citer ni yg dah alih bahasa ke bahasa apa ntah..vietnam kut...tapi aku tetap boley layan jugak dengan subtitle english nya...dan aku tengok version korean hanya separuh jalan...uploader korea tu tetiba 'tido' pulak...tak upload episod seterusnya...so aku terpaksa la layan version vietnam walaupun suaranya begitu kelakar skali...citer ni mengisahkan...sori ye sinopsis nye in english version tak sempat translate..

Sad Sonata is a love story about two men and one woman. The young Joon-young (Kwon Sang Woo), who was raised by his mother who sold liquor to American soldiers, met the blind Hae-in (Kim Hee Sun) and they became childhood sweethearts. Then, Hae-in immigrated to the U.S. following her American adoptive father and met Gun-woo (Yeon Jung Hoon), who was Joon-young’s friend and son of a very rich man. The story picks up again when composer Joon-young, singer Hae-In, and music producer Gun-woo all meet again.
Simple aje sinopsisnya..padahal aku bagai nak rak layan citer ni...semuanya ada 125 video..jap lagi aku sambung yg video ke 96....sediakan tisu aje...huhuhu....
Ciaow..

Sunday, April 12, 2009

DUDUK DIAM2!

Hari ni aku tak dapat nak ber'aktiviti' kemana2...sbbnya hujan..so mood utk merayap2 pun lenyap...rancangannya nak pegi survey utk cenderahati utk diberikan kepada seseorg...tp belom plan lagi nak beli apa...aku nak kan yg agak kreatif sikit...buat seseorg yg akan pegi jauh..setakat ni idea belum timbul2 lagi...huh...tengahari ni aku tak masak...aku makan diluar rumah aja...tempat peberet..."Sungai Wang"...hari ni aku makan Ikan Patin Bakar + Masak Lemak Cili Api + Jering Gorang Bilis Cili Api Jugak + Air Sirap Limau....huh...ketat sluar tetiba...berapi mulut...makan tanpa paling kiri dan kanan...hehe...


Sepatutnya entry aku hari ni ada lah aktiviti pagi minggu aku di "B.S" - exercise poco poco...tapi aku tak dapat hadir pulak sebabnya selepas subuh tadi tetiba migrain aku datang lagi...nanti di lain entry aku akan keluarkan story poco poco ni...bersama dengan snap skali...insyaallah...sesiapa yg berminat boley join ngan aku...apa pun hari ni 1 hari aku ngadap tv aje + tido..sambil layan ujan yg lebat di luar....jumpa lagi la besok2...bye...




Perihal gambar dibawah : Makbapak nya PANDAI ke KURANG HASAM?


Ciaow..

Friday, April 10, 2009

KAD KAWIN MODEN

1. Hari ni issue yg kami bincangkan di'tempat keje' ada lah mengenai majlis kawin..almaklumla sorang diantara kami plan nak langsungkan majlis dalam tahun ni...so nak prepare la buat kad kawin yg spesel sikit...ada yg bg cadangan buat grand2 sikit...ada yg bg cadangan photostat je kat opis...hehe nak jimat blanje...bg aku...buat simple aje..tak yah membazir...byk lagi bende lain yg boley di buat...tp aku ada 1 sample kad kawin yg mmg wujud zaman sekarang...aku pun tak pasti korang dapat baca tak apa yg terdapat dalam kad ni...cuba korang baca sendiri...kalau tak dapat baca bg tau...nanti aku tulis apa isi dalam kad tuh..



2. Cerita mengenai Udin...

TERLUPA MAKAN

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat

Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...

Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun.. kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.

Udin: Ubat apa ?

Isteri: Ubat tidur.

Udin: @#%^#^????

Ciaow..